Sunday, January 10, 2010

Perhimpunan Pertama hari ini...

Hari ini merupakan perhimpunan kali pertama murid-murid SKBP bersama guru-guru. Guru bertugas ialah Pn. Hjh Noraini Abd. Rahman dan Pn. Yusnee Yusoff. Antara intipati perhimpunan hari ini ialah pesanan oleh guru bertugas agar semua murid sentiasa berpakaian kemas dan mengikut peraturan sekolah. En. Chandran (PK HEM) juga berpesan agar murid-murid sentiasa menjaga disiplin dan keselamatan diri memandangkan sekolah kini dalam pembinaan bangunan baru. Pn. Sharifah Rahayah (Guru Besar) juga turut berucap dan mengucapkan selamat kembali belajar di tahun baru kepada semua murid. Beliau berpesan dan menyeru agar menyemai budaya membaca, sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dalam pelajaran, berusaha membentuk personaliti serta ketrampilan diri sebagai murid cemerlang dan soleh/solehan. Sentiasa hadir ke sekolah serta sentiasa menghormati guru. Selain itu juga beliau mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru yang baru berpindah ke SKBP. Perhimpunan diakhiri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama Panitia Muzik. Semua guru dan murid-murid terlibat sama dalam aktiviti tersebut iaitu Bacaan Rukun Negara dalam dua versi Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu, nyanyian lagu 5 Prinsip Rukun Negara serta Chicken Dance.

1 comment: