Wednesday, December 29, 2010

Mesyuarat HEM Kali 1/2011

Sekitar Mesyuarat HEM Kali 1/2010... Klik---->Sini

Sunday, December 5, 2010

Perancangan Strategik HEM SKBP

Bengkel Perancangan Strategik HEM telah diadakan pada hari ini. PK HEM dan beberapa orang J/Kuasa HEM telah menganalis persekitaran ( SWOT) dan berbincang beberapa isu-isu strategik bagi Perancangan Strategik HEM 2011-2015.

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT BERCUTI BUAT SEMUA MURID..

Unit HEM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bercuti buat semua guru dan murid-murid SKBP. Kepada semua murid, jagalah keselamatan diri terutamanya di musim banjir ini. Elakkan dari bermain air di tali air atau pun di sungai yang berdekatan. Sayangilah diri dan keluarga anda!

Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali to our PK HEM..

We would like to wish Sir Chandran , Happy Deepavali. And we hope that the beauty of this festival of lights, bring a world of joy, happiness and contentment to you, to last the whole year through. Happy Diwali.

Thursday, October 14, 2010

Program Penjagaan Keselamatan Diri " Sentuhan Kecundang"

Program Penjagaan Keselamatan Diri " Sentuhan Kecundang " anjuran LPPKN negeri Kelantan telah diadakan di SK Bunut Payong pada 12 Oktober 2010. Program ini khusus untuk murid-murid Tahun Lima. Program ini telah diatur dan dirancang dengan begitu baik sekali serta mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kelihatan murid-murid Tahun 5 sangat teruja dan terlibat dengan aktif sekali dalam aktiviti yang telah dijalankan. Pn.Haslinda, selaku Pegawai Saikologi dan dibantu oleh 4 orang pegawai dari Unit Kaunseling Keluarga telah berjaya mengendalikan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berkesan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kerana memilih SKBP untuk perkongsian ilmu ini..

Tuesday, September 28, 2010

Makluman: Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SKBP akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 30 September 2010 (Khamis) Masa : 7.45 pagi- 12.00 tengahari Tempat: Dewan Wawasan SKBP
Pengisian Program: 1. Semua murid dan para guru berkumpul di dewan 2. Bacaan doa 3.Ucapan Guru Bertugas 4. Ucapan Tuan Guru Besar 5.Acara Pentas (Persembahan para guru dan murid-murid) 6.Persembahan Fesyen Raya (wakil 2 orang murid setiap kelas) 7. Penyampaian Hadiah 8.Jamuan Hari Raya -Penekanan kepada Adab semasa makan -Penerapan nilai-nilai murni -Menjaga sahsiah dan disiplin diri -Integrasi sesama murid-murid 9.Penyampaian Duit Raya kepada semua murid 10. Bersurai

Monday, August 30, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Walaupun kemerdekaan kali ini disambut dalam bulan Ramadhan, namun semangat patriotisme tetap wujud dan diterapkan ke dalam diri murid-murid dengan pelbagai pengisian yang telah dirancang oleh jawatankuasa Unit HEM SKBP. Sambutan yang agak sederhana tetapi tetap bersemarak dan bersemangat dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran jalur gemilang.

Thursday, August 26, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53 Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong akan diadakan pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bertempat di Dewan Wawasan SKBP. Tema Kemerdekaan kali ini adalah "1Malaysia Menjana Transformasi".

Friday, July 30, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-25

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25...

Thursday, July 1, 2010

Makluman: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bunut Payong Kali Ke-25 akan diadakan pada 29 Julai 2010, bertempat di Dewan Wawasan SKBP. Para ibubapa, AJK PIBG dan semua guru diminta hadir bagi menjayakan dan menyerikan lagi majlis.

Sunday, June 6, 2010

Rakaman Sambutan Hari Guru 2010

Wednesday, June 2, 2010

Survei Pemakanan - UKM

Thursday, May 27, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2010 (Khamis). Acara dimulakan dengan Senam Kreatif pada 7.45 pagi kemudian diikuti Sukaneka guru-guru. Selepas rehat, acara dewan dimulakan, pelbagai persembahan oleh guru-guru dan juga murid-murid. Sambutan Hari Guru kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah dan menyeronokkan.

Sunday, May 16, 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Perutusan Hari Guru 2010 telah disampaikan oleh para pentadbir pada Perhimpunan Khas yang telah diadakan 16 Mei 2010.

Saturday, May 15, 2010

Friday, May 14, 2010

Guru Oh Guru - Usman Awang

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Gotong Royong Perdana Sempena Perayaan Hari Guru 2010

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah & Seluruh Negara Sempena Perayaan Hari Guru 2010 sebagaimana berikut:-
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari Bertempat di: Perkarangan SK Bunut Payong
SEMUA GURU, MURID-MURID TAHUN 4,5 & 6, WARGA SEKOLAH DAN AJK PIBG DIWAJIBKAN HADIR.

Tuesday, May 11, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema Hari Guru 2010

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

IKRAR

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

LAGU: GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta

Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tuesday, April 13, 2010

Keibubapaan

Monday, March 29, 2010

Pameran dadah

Aktiviti terakhir Minggu Anti Dadah SKBP ialah Pameran Dadah oleh AADK Kota Bharu telah diadakan pada 29 Mac 2010 ( Isnin).

Kain rentang " Dadah Pembunuh" yang telah ditandatangani oleh semua murid SKBP dan juga guru-guru.

Murid-murid turun secara bergilir untuk melihat pameran dadah yang diadakan di Dewan Wawasan SKBP.

Sunday, March 28, 2010

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong telah diadakan pada 28 Mac 2010(Ahad) . Semua murid berkumpul seawal 7.45 pagi di Dewan Wawasan SKBP. Pihak sekolah telah menjemput Yang Berusaha En.Mohd Juned bin Hassan Helmy (Ketua Unit Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kota Bharu bagi menyampaikan ceramah dan Perasmian Penutup pada hari ini. Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderahati kepada semua pemenang aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu sambutan. Barisan pentadbir SKBP dan warga SKBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs.En. Mohd Juned bin Hassan Helmy di atas kesudian beliau hadir bagi menyempurnakan Perasmian Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah hari ini.

Wednesday, March 24, 2010

Aktiviti- aktiviti sepanjang Minggu Anti dadah

Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Anti dadah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Kuiz Dadah yang diadakan pada waktu rehat Tahap 1 & 2, membuat kain rentang " Saya Benci Dadah" serta tanda tangan murid-murid pada kain rentang tersebut.

Tuesday, March 23, 2010

Monday, March 22, 2010

Thursday, March 11, 2010

Sekitar Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah...

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong telah diadakan pada 11 Mac 2010 (Khamis).Turut dijemput ialah YM Tn.Hj.Raja Zulkifli bin Hj. Raja Omar dari SMK Kubang Kerian(2) untuk Slot Ceramah Maulidur Rasul..

Tuesday, March 9, 2010

Sekitar Motivasi Menangani Gejala Disiplin

Seramai 45 orang murid-murid SKBP telah terpilih untuk Program Motivasi Menangani Gejala Disiplin anjuran MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional) di SMK Kota, Kota Bharu, Kelantan.

Sunday, February 7, 2010

Sunday, January 10, 2010

Perhimpunan Pertama hari ini...

Hari ini merupakan perhimpunan kali pertama murid-murid SKBP bersama guru-guru. Guru bertugas ialah Pn. Hjh Noraini Abd. Rahman dan Pn. Yusnee Yusoff. Antara intipati perhimpunan hari ini ialah pesanan oleh guru bertugas agar semua murid sentiasa berpakaian kemas dan mengikut peraturan sekolah. En. Chandran (PK HEM) juga berpesan agar murid-murid sentiasa menjaga disiplin dan keselamatan diri memandangkan sekolah kini dalam pembinaan bangunan baru. Pn. Sharifah Rahayah (Guru Besar) juga turut berucap dan mengucapkan selamat kembali belajar di tahun baru kepada semua murid. Beliau berpesan dan menyeru agar menyemai budaya membaca, sentiasa berusaha mempertingkatkan diri dalam pelajaran, berusaha membentuk personaliti serta ketrampilan diri sebagai murid cemerlang dan soleh/solehan. Sentiasa hadir ke sekolah serta sentiasa menghormati guru. Selain itu juga beliau mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru yang baru berpindah ke SKBP. Perhimpunan diakhiri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Inggeris bersama Panitia Muzik. Semua guru dan murid-murid terlibat sama dalam aktiviti tersebut iaitu Bacaan Rukun Negara dalam dua versi Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu, nyanyian lagu 5 Prinsip Rukun Negara serta Chicken Dance.

Thursday, January 7, 2010

Siaran Langsung Program Bersama Menteri Pelajaran Malaysia di TV3

Sekitar Siaran Langsung Program Bersama Menteri Pelajaran Malaysia pada 9.00 pagi hari ini di TV3. Sebahagian murid-murid dan para guru turut menyaksikan siaran tersebut..