Monday, November 21, 2011

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012 telah diadakan di Dewan Wawasan SKBP pada hari ini 21 November 2011 dan telah disempurnakan oleh Ybrs. Tn Hj Fakrurazi bin Ab Rahim, Pen. Pegawai PPD KB dari Unit Pendidikan Islam/Moral.

Tuesday, November 15, 2011

Majlis Perpisahan Tahun Enam 2011

Thursday, September 22, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Monday, July 11, 2011

Thursday, July 7, 2011

Makluman: Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-26

Mesyuarat Agung PIBG SKBP Kali Ke-26 akan diadakan pada 11 Julai 2011 (Isnin). Perasmian oleh YBhg. Dato' Hj.Mohd Fatmi bin Hj Che Salleh (Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu), Merangkap Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. AJK PIBG dan semua guru/staf-staf telah menjalankan tugas masing-masing bagi persiapan Mesyuarat Agung PIBG ini. Majlis ini akan diserikan dengan Persembahan Dikir Barat dan juga Dramatari oleh murid-murid SKBP, Acara Cabutan Bertuah disediakan dan juga pameran kesihatan oleh Dr. Zamzuri (Pakar Neurologi HUSM) . Pihak sekolah amat berharap agar sama-samalah kita menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-26 pada hari Isnin 11 Julai 2011 nanti.

Sekitar taklimat ringkas oleh Guru Besar mengenai perkembangan & proses persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali 26 kepada semua guru,staf-staf dan warga SKBP

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia

Larian Serentak 1Murid, 1Sukan,1Malaysia telah diadakan di SKBP pada hari ini. Semua guru ,staf -staf, murid-murid dan warga sekolah turut terlibat. Berbagai pengisian telah diadakan bagi merealisasikan dan menjayakan program ini yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari tadi.

Friday, May 27, 2011

Monday, May 16, 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah kali ini akan diadakan pada 26 Mei 2011 (Khamis) iaitu hari akhir persekolahan sebelum cuti penggal pertengahan bermula. Taklimat AJK Sambutan telah diadakan pada 1o Mei 2011 bagi persiapan Sambutan Hari Guru nanti. SELAMAT HARI GURU.. "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA" TERIMA KASIH, CIKGU!

Sunday, April 24, 2011

Sunday, March 27, 2011

Thursday, February 24, 2011

Friday, February 18, 2011

Makluman: Sambutan Maulidur Rasul 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah akan diadakan pada 24 Feb.2011 (Khamis), jam 7.45 pagi bertempat di Dewan Wawasan SK Bunut Payong.

Sunday, February 13, 2011

Friday, February 11, 2011

Rehearsal Pelantikan Pemimpin Muda 2011

Sepanjang minggu ini, rehearsal Pelantikan Pemimpin Muda SKBP-Pengawas Sekolah, Pengawas Pustaka, Ketua dan Penolong Ketua Darjah bagi tahun 2011 telah djalankan pada waktu rehat bagi persiapan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2011 pada hari Ahad ini. Semoga semua murid yang dilantik ini akan terus dedikasi menjalankan tugas masing-masing.

Tuesday, February 8, 2011

Mesyuarat Kantin Kali 1/2011

Mesyuarat JK Kantin telah diadakan pada 8 Feb.2011 (Selasa) bertempat di Kantin SKBP. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Guru Besar, turut hadir sama PK HEM dan semua AJK Kantin 2011. Mesyuarat ini bagi membincangkan pengurusan kantin dan juga perancangan aktiviti kantin 2011.

Monday, February 7, 2011

Ceramah dan Pameran Kesihatan

Ceramah Asas Kebersihan Makanan telah diadakan pada 7 Feb. 2010 (Isnin) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu. Beberapa orang pegawai kesihatan yang hadir diketuai oleh En. Jahasrul Hizam Md. Jamil (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kota Bharu). Hanya murid-murid Tahun 5 & 6 yang terlibat dan pameran kesihatan juga turut diadakan.

Wednesday, January 12, 2011

Taklimat Pengawas-Pengawas Sekolah

JK Unit Badan Pengawas telah mengadakan taklimat bersama pengawas-pengawas sekolah pada hari ini bagi membincangkan agihan jadual bertugas serta pengawasan kelas harian pagi & perhimpunan. Di samping itu edaran berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab pengawas turut diberikan kepada semua pengawas. JK Unit Badan Pengawas 2011 semakin mantap dalam merencana program dan strategi bagi melahirkan pengawas yang berwibawa serta komited menjalankan tugas masing-masing. Harapan sekolah agar semua pengawas SKBP adalah cemerlang secara holistik. Syabas buat Unit Badan Pengawas SKBP semoga dapat mereleasasikan Visi Sekolah dan Visi HEM.

Monday, January 10, 2011

Mesyuarat Badan Pengawas Sekolah Kali 1/2011

Mesyuarat Badan Pengawas telah dijalankan pada 9 Januari 2011, dipengerusikan oleh PK HEM. JK Unit Badan Pengawas 2011 diketuai oleh Pn. Norhayati Mansor dan beberapa orang ahli baru yang telah dilantik. Mesyuarat membincangkan perancangan & aktiviti pengawas sesi 2011 dan juga Majlis Pelantikan Pengawas,Pengawas Pustaka & Ketua Kelas bagi 2011 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Friday, January 7, 2011

Sorotan awal persekolahan 2011

PK Hem sedang memberi kaunseling dan memujuk murid-murid Prasekolah yang bermasalah. Pasangan kembar yang menangis (kelas Pra yang berasingan)
Masalah murid pra yang tidak boleh berenggang dengan ibunya. Masih bersedih hingga tidak membuat kerja yang diberi oleh guru.
Kelihatan murid-murid Tahun 3 sedang membuat kerja dan murid-murid Tahun 4 sedang membaca buku teks BI
Sebilangan murid-murid Prasekolah SKBP yang ceria dan aktif bermain sambil belajar.
Wajah murid-murid Tahun 1 yang mula masuk ke alam sekolah rendah
Sebaik sahaja sesi persekolahan 2o11 bermula, kedengaranlah ucap salam 'Assalamualaikum & Selamat Pagi, Cikgu/Ustazah ataupun Good Morning, Teacher.. setelah sekian lama sepi. Semua guru masuk ke kelas dan proses P&P berjalan seperti biasa. Sedar tak sedar minggu pertama persekolahan telahpun berlalu. Berbagai peristiwa yang telah dirakam terutamanya murid-murid Prasekolah yang masih tidak boleh berdikari dan memaksa ibu bapa mereka menunggu hinggalah ke waktu pulang sekolah. Masalah-masalah sebegini seakan menjadi kebiasaan setiap tahun. Jadi terpaksalah guru Prasekolah tangani dan bersabar walaupun sampai empat hari terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang asyik menangis,meraung ataupun tidur dalam kelas. Inilah yang kita katakan guru sebagai 'in loco parentis'..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

JIWA akan sepi tanpa TEMAN, HATI akan mati tanpa IMAN, HARI ini adalah KENYATAAN, SEMALAM adalah KENANGAN, ESOK adalah IMPIAN. Sucikan HATI, Jernihkan FIKIRAN. Sambutlah Tahun Baru 2011 dengan penuh keazaman dan semangat ke arah kecemerlangan secara holistik Selamat Tahun Baru 2011 Semoga Allah memberkati segala kerja buat kita kelak.