Thursday, December 31, 2009

Menjelang 2010

Segunung Harapan 2010…… Salam bahagia dan selamat sejahtera Bidang pendidikan amatlah luas untuk kita mengharungi dalam mencapai hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Unit Hem Sekolah Kebangsaan Bunut Payong juga mempunyai tanggungjawab dan harapan untuk merealisasikan hasrat dan wawasan pendidikan Negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Unit Hem bersama-sama dengan unit akademik dan ko-kurikulum mendokong dan menyokong aspirasi sekolah , PPD dan JPN untuk menjayakan program PIPP yang telah dirancang selaras dengan hasrat mencapai matlamat pendidikan Negara. Unit Hem mempunyai tanggungjawab yang besar di sekolah untuk menyokong dan membantu sekolah untuk peningkatan akademik dan juga ko-kurikulum selaras dengan matlamat pendidikan Negara. Oleh yang demikian perancangan dan pelaksanaan yang rapi perlu diatur untuk mencapai matlamat tersebut. Sejajar dengan meningkatkan kualiti pelajar setiap program dirancang dan dilaksanakan dengan menekankan kepada kualiti yang dihasilkan. Sekolah merupakan tempat bukan saja menghasilkan pelajar yang cemerlang bahkan juga di mana pelajar dapat dibentuk untuk menjadi seorang insan yang dapat mematuhi ajaran agama dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi sebagai modal untuk menjadi individu yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara. Semoga segala usaha murni ke arah membentuk insan yang mulia dan cemerlang dari rebung lagi adalah hasrat dan harapan warga sekolah. Untuk itu, komitmen yang padu dan jitu daripada semua warga sekolah dan masyarakat perlu untuk merealilasikan hasrat tersebut.
"Contribution to the development of a knowledge and moral based society is our responsibility" Sekian ,terima kasih.

No comments:

Post a Comment