Saturday, April 25, 2009

Rakaman Video Majlis Persaraan

Sekitar Majlis Persaraan Pn.Hjh Tuan Rahimah Tuan Hussin

Sekalung Budi ,Seuntai Rasa, Secebis Bicara...Secangkir Kenangan.. Kelmarin, Tatkala Sang Suria Memancar, Pabila Fajar Menyinsing, Pun Ketika Malam Berlabuh, Kau Sempat Hadir, Mencalitkan Memori Suka Duka, Mewarnai Seribu Satu Rasa Impian, Hari Ini, Tatkala Mentari Semakin Menghilang, Ketika Bulan Menampakkan Diri, Kau jua kian Meminggir, Pergi Membawa Bersama Nostalgia, Setelah semuanya kau kecapi.. Terima Kasih.. Di atas segala kau curahkan, Terhadap apa yang engkau berikan, Sungguh luhur budimu, Tidak Terbalas oleh Kami, Melainkan "Moga Allah Memberkatimu" JASAMU TETAP DIKENANG..

Tuesday, April 21, 2009

JASAMU DI KENANG....

MAKLUMAN:
MAJLIS PERSARAAN PN.HJH TUAN RAHIMAH TUAN HUSSIN AKAN DIADAKAN PADA 23 APRIL 2009 (KHAMIS) BERTEMPAT DI DEWAN WAWASAN SK BUNUT PAYONG.

Monday, April 20, 2009

Motivasi Ibubapa dan Pelajar

Sunday, April 5, 2009

Tokoh Maulidur Rasul 2009

Tokoh Maulidur Rasul 2009
Adik Ahmad Hasanul Amin bin Zamani lahir 3 Mac 1997 . Berasal dari Kampung Paya Senang , Kota Bharu Kelantan. Memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas dan Pengerusi Kelab Doktor Muda. Aktif bersukan dan telah mewakili Bola Tampar Peringkat Daerah Kota Bharu serta telah khatam Al-Quran sebanyak dua kali. Berdasarkan kriteria tersebut, pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih Adik Ahmad Hasanul Amin sebagai Tokoh Maulidur Rasul 2009. Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Syabas dan tahniah diucapkan.

MAKLUMAN : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 24

Mesyuarat Agung PIBG Sek.Keb. Bunut Payong Kali Ke-24 telah ditunda ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Harap maklum . Terima kasih.

Friday, April 3, 2009

Berkongsi Ilmu