Tuesday, May 12, 2009

Taklimat Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Satu taklimat ringkas untuk membincangkan pelaksanaan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan 12 Mei 2009 pada 1.30 petang di Bilik Guru. Cadangan Sambutan Hari Guru ini akan diadakan pada 17 Mei 2009 ( Ahad ). Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti :-

1)Senamrobik semua guru dan murid-murid 2)Sukaneka Guru-guru. 3) Acara dewan persembahan oleh semua guru 4) Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukaneka dan juga bagi Pertandingan Bowling yang akan diadakan pada 15 Mei 2009 (Jumaat ) nanti. 5) Jamuan Laksa (tengahari) semua guru, murid-murid dan warga SKBP. Cara pemakaian : Semua guru dan staf memakai Tshirt SKBP pada waktu pagi untuk acara senamrobik dan sukaneka . Selepas rehat pula , pemakaian batik uniform sekolah dan semua murid memakai T.Shirt kokurikulum untuk acara dewan.

No comments:

Post a Comment