Tuesday, September 28, 2010

Makluman: Majlis Sambutan Hari Raya

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat SKBP akan diadakan sebagaimana berikut:
Tarikh : 30 September 2010 (Khamis) Masa : 7.45 pagi- 12.00 tengahari Tempat: Dewan Wawasan SKBP
Pengisian Program: 1. Semua murid dan para guru berkumpul di dewan 2. Bacaan doa 3.Ucapan Guru Bertugas 4. Ucapan Tuan Guru Besar 5.Acara Pentas (Persembahan para guru dan murid-murid) 6.Persembahan Fesyen Raya (wakil 2 orang murid setiap kelas) 7. Penyampaian Hadiah 8.Jamuan Hari Raya -Penekanan kepada Adab semasa makan -Penerapan nilai-nilai murni -Menjaga sahsiah dan disiplin diri -Integrasi sesama murid-murid 9.Penyampaian Duit Raya kepada semua murid 10. Bersurai

Monday, August 30, 2010

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-53 peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini. Walaupun kemerdekaan kali ini disambut dalam bulan Ramadhan, namun semangat patriotisme tetap wujud dan diterapkan ke dalam diri murid-murid dengan pelbagai pengisian yang telah dirancang oleh jawatankuasa Unit HEM SKBP. Sambutan yang agak sederhana tetapi tetap bersemarak dan bersemangat dengan nyanyian lagu-lagu patriotik dan kibaran jalur gemilang.

Thursday, August 26, 2010

1Malaysia Menjana Transformasi

Sambutan Hari Kemerdekaan Kali ke-53 Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong akan diadakan pada 30 Ogos 2010 (Isnin) bertempat di Dewan Wawasan SKBP. Tema Kemerdekaan kali ini adalah "1Malaysia Menjana Transformasi".

Friday, July 30, 2010

Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-25

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25...

Thursday, July 1, 2010

Makluman: Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-25

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bunut Payong Kali Ke-25 akan diadakan pada 29 Julai 2010, bertempat di Dewan Wawasan SKBP. Para ibubapa, AJK PIBG dan semua guru diminta hadir bagi menjayakan dan menyerikan lagi majlis.

Sunday, June 6, 2010

Rakaman Sambutan Hari Guru 2010

Wednesday, June 2, 2010

Survei Pemakanan - UKM

Thursday, May 27, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2010 (Khamis). Acara dimulakan dengan Senam Kreatif pada 7.45 pagi kemudian diikuti Sukaneka guru-guru. Selepas rehat, acara dewan dimulakan, pelbagai persembahan oleh guru-guru dan juga murid-murid. Sambutan Hari Guru kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah dan menyeronokkan.

Sunday, May 16, 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Perutusan Hari Guru 2010 telah disampaikan oleh para pentadbir pada Perhimpunan Khas yang telah diadakan 16 Mei 2010.

Saturday, May 15, 2010

Friday, May 14, 2010

Guru Oh Guru - Usman Awang

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Gotong Royong Perdana Sempena Perayaan Hari Guru 2010

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah & Seluruh Negara Sempena Perayaan Hari Guru 2010 sebagaimana berikut:-
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari Bertempat di: Perkarangan SK Bunut Payong
SEMUA GURU, MURID-MURID TAHUN 4,5 & 6, WARGA SEKOLAH DAN AJK PIBG DIWAJIBKAN HADIR.

Tuesday, May 11, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema Hari Guru 2010

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

IKRAR

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

LAGU: GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta

Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Tuesday, April 13, 2010

Keibubapaan

Monday, March 29, 2010

Pameran dadah

Aktiviti terakhir Minggu Anti Dadah SKBP ialah Pameran Dadah oleh AADK Kota Bharu telah diadakan pada 29 Mac 2010 ( Isnin).

Kain rentang " Dadah Pembunuh" yang telah ditandatangani oleh semua murid SKBP dan juga guru-guru.

Murid-murid turun secara bergilir untuk melihat pameran dadah yang diadakan di Dewan Wawasan SKBP.

Sunday, March 28, 2010

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah

Majlis Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah Kebangsaan Bunut Payong telah diadakan pada 28 Mac 2010(Ahad) . Semua murid berkumpul seawal 7.45 pagi di Dewan Wawasan SKBP. Pihak sekolah telah menjemput Yang Berusaha En.Mohd Juned bin Hassan Helmy (Ketua Unit Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Kota Bharu bagi menyampaikan ceramah dan Perasmian Penutup pada hari ini. Seterusnya Majlis Penyampaian Hadiah dan Cenderahati kepada semua pemenang aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sepanjang minggu sambutan. Barisan pentadbir SKBP dan warga SKBP mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBrs.En. Mohd Juned bin Hassan Helmy di atas kesudian beliau hadir bagi menyempurnakan Perasmian Penutup Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah hari ini.

Wednesday, March 24, 2010

Aktiviti- aktiviti sepanjang Minggu Anti dadah

Sepanjang minggu ini, pelbagai aktiviti telah diadakan sempena Minggu Anti dadah. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Kuiz Dadah yang diadakan pada waktu rehat Tahap 1 & 2, membuat kain rentang " Saya Benci Dadah" serta tanda tangan murid-murid pada kain rentang tersebut.

Tuesday, March 23, 2010