Sunday, November 29, 2009

Jadual Guru Bertugas Cuti Akhir Tahun 2009

Guru Bertugas Cuti Akhir Tahun 2009 Sila klik untuk lihat atau download

Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

May this Eid be a speacial one for you. And may it brings you many happy moments to cherish forever.

The cost is long forgotten but the Quality is remember forever

Wednesday, November 25, 2009

Membina Keyakinan Diri

Monday, November 23, 2009

Flood Warning

Second wave of flood hits Kelantan , parents should be alert and keep an eye on their children. Kids are kids, they may want to experiment with water. We don't want any incidents involving our school children.
Parents and guardians should regularly talk to children about water safety. Most importantly, people must watch or listen to weather reports for regular updates.

Thursday, November 19, 2009

Tahniah Pelajar 5A UPSR & Selamat Bercuti

Unit Hem SKBP mengucapkan tahniah kepada 13 orang pelajar yang telah mendapat 5A dan 4 orang pelajar yang mendapat 4A1B dalam UPSR 2009. Semoga terus sukses di peringkat seterusnya. Cuti sekolah akhir tahun akan bermula mulai 20 November 2009. Di kesempatan ini, PK HEM mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua dan berpesan kepada semua murid agar menjaga keselamatan diri di musim banjir ini.

Thursday, November 12, 2009

Ceramah Kesihatan

Ceramah kesihatan telah diadakan khusus untuk murid-murid Tahun Enam pada 11 Oktober 2009 bertempat di dewan Tahun Enam, ceramah yang bertajuk 'Bahaya Merokok' tersebut telah disampaikan oleh Hj.Nik Ismail bin Hj.Nik Omar, Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday, October 21, 2009

Happy Belated Birthday

18 October 2009 Happy Belated Birthday to our beloved headteacher, Pn. Sharifah Rahayah
On your birthday I wish you much pleasure and joy; I hope all of your wishes come true. May each hour and minute be filled with delight, And your birthday be perfect for you.

Sunday, October 11, 2009

'Spot Check'

PK HEM dan semua guru telah membuat 'spot check' mengejut bagi memeriksa rambut dan kuku murid-murid sebaik sahaja selesai perhimpunan pagi.
Bila pemeriksaan mengejut dilakukan didapati ramai murid yang berambut panjang, kuku panjang serta tak kurangnya ada yang memakai selipar walaupun 2 hari cuti sekolah masih tidak dapat membasuh kasut sekolah. Pemeriksaan dari masa ke semasa perlu dijalankan agar murid-murid sentiasa menjaga kekemasan dan kebersihan diri.

Thursday, October 1, 2009

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Sekitar Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah yang telah diadakan pada 30 November 2009..

Thursday, September 17, 2009

Majlis Penyampaian Duit Raya

Majlis Penyampaian Duit Raya kepada semua murid SKBP telah diadakan pada 16 September 2009. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Sharifah Rahayah Syed Ahmad, Guru Besar SKBP. Guru Besar turut memberi pesanan kepada semua murid agar menjaga keselamatan diri, elakkan bermain mercun serta jaga makan dan minum. SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Selamat Hari Raya” to all muslims! May the Hari Raya be a speacial one for you and may it bring you many happy moments and cherish forever. And to all the pupils of SKBP, wish you all enjoy your holidays, don’t play with firecrackers and take care of yourselves. Salam Aidil Fitri.

Sunday, August 16, 2009

Seminar Ibu Bapa

Monday, August 10, 2009

Mesyuarat Khas AJK PIBG

Satu Mesyuarat Khas AJK PIBG telah diadakan pada 9 Ogos 2009 ( Ahad) pada jam 5 petang untuk membincangkan perjalanan Seminar Keibubapaan yang akan diadakan pada 15 Ogos 2009 iaitu satu program besar anjuran PIBG dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM) & PDRM.

Monday, July 27, 2009

Lindungi dari H1N1

Pihak pentadbiran sekolah memaklumkan kepada semua murid sekali lagi tentang bahaya Virus H1N1 dan risalah ini juga dipamerkan di setiap kelas sebagai informasi dan langkah berjaga-jaga untuk semua murid.

Alat cegah jangkitan H1N1 diedar ke sekolah

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman......... Maklumat lanjut sila klik:Sumber : Harian Metro 27 Julai 2009

Wednesday, July 15, 2009

Thursday, June 25, 2009

Program Barber's Corner - Spot Check Rambut

Sir Chandran(PK HEM) bersama Badan Disiplin Sekolah telah membuat 'spot check' terhadap murid-murid lelaki yang berambut panjang dan fesyen rambut yang menyalahi peraturan sekolah.
Beberapa orang murid dikenalpasti dan telah diambil tindakan dan juga diberi amaran.

Wednesday, June 17, 2009

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke -3

Mesyuarat AJK PIBG Kali 3 telah diadakan pada hari ini bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 24 bersama YDP dan AJK

Sunday, June 14, 2009

Keselamatan Persekitaran Sekolah Perlu Dijaga..

Sekolah dibuka semula pada 14 Jun 2009 setelah 2 minggu bercuti. Selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat belajar juga buat murid-murid.
Keadaan kolam juga bebas dari jentik-jentik setelah diperiksa.
Pemantauan keselamatan persekitaran kawasan sekolah telah dijalankan oleh Sir Chandran (PK HEM) dengan beberapa orang pekerja /staf bagi memeriksa kewujudan jentik-jentik di dalam longkang dan kolam. Pemeriksaan ini diadakan secara berkala untuk memastikan kawasan sekolah bebas dan selamat dari nyamuk aedes.
Nampaknya keadaan air longkang juga bersih dan tiada jentik-jentik.
Di samping itu juga, keadaan papan tanda diperiksa. Kepekaan pihak pentadbir perlu bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan yang ceria dan selamat.
Keadaan papan tanda yang hampir tumbang diperbetulkan semula bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, June 9, 2009

Beautiful Quotes ...

...Never take some one for granted... Hold every person Close to your Heart, because you might wake up one day and realise that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones."
..Effort is important, but knowing where to make an effort in your life makes all the difference.