Tuesday, July 12, 2011

Monday, July 11, 2011

Thursday, July 7, 2011

Makluman: Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-26

Mesyuarat Agung PIBG SKBP Kali Ke-26 akan diadakan pada 11 Julai 2011 (Isnin). Perasmian oleh YBhg. Dato' Hj.Mohd Fatmi bin Hj Che Salleh (Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu), Merangkap Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. AJK PIBG dan semua guru/staf-staf telah menjalankan tugas masing-masing bagi persiapan Mesyuarat Agung PIBG ini. Majlis ini akan diserikan dengan Persembahan Dikir Barat dan juga Dramatari oleh murid-murid SKBP, Acara Cabutan Bertuah disediakan dan juga pameran kesihatan oleh Dr. Zamzuri (Pakar Neurologi HUSM) . Pihak sekolah amat berharap agar sama-samalah kita menjayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Bunut Payong Kali Ke-26 pada hari Isnin 11 Julai 2011 nanti.

Sekitar taklimat ringkas oleh Guru Besar mengenai perkembangan & proses persiapan Mesyuarat Agung PIBG Kali 26 kepada semua guru,staf-staf dan warga SKBP

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1Murid, 1Sukan, 1Malaysia

Larian Serentak 1Murid, 1Sukan,1Malaysia telah diadakan di SKBP pada hari ini. Semua guru ,staf -staf, murid-murid dan warga sekolah turut terlibat. Berbagai pengisian telah diadakan bagi merealisasikan dan menjayakan program ini yang bermula seawal 7.00 pagi hingga 12.30 tengahari tadi.