Wednesday, January 12, 2011

Taklimat Pengawas-Pengawas Sekolah

JK Unit Badan Pengawas telah mengadakan taklimat bersama pengawas-pengawas sekolah pada hari ini bagi membincangkan agihan jadual bertugas serta pengawasan kelas harian pagi & perhimpunan. Di samping itu edaran berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab pengawas turut diberikan kepada semua pengawas. JK Unit Badan Pengawas 2011 semakin mantap dalam merencana program dan strategi bagi melahirkan pengawas yang berwibawa serta komited menjalankan tugas masing-masing. Harapan sekolah agar semua pengawas SKBP adalah cemerlang secara holistik. Syabas buat Unit Badan Pengawas SKBP semoga dapat mereleasasikan Visi Sekolah dan Visi HEM.

Monday, January 10, 2011

Mesyuarat Badan Pengawas Sekolah Kali 1/2011

Mesyuarat Badan Pengawas telah dijalankan pada 9 Januari 2011, dipengerusikan oleh PK HEM. JK Unit Badan Pengawas 2011 diketuai oleh Pn. Norhayati Mansor dan beberapa orang ahli baru yang telah dilantik. Mesyuarat membincangkan perancangan & aktiviti pengawas sesi 2011 dan juga Majlis Pelantikan Pengawas,Pengawas Pustaka & Ketua Kelas bagi 2011 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Friday, January 7, 2011

Sorotan awal persekolahan 2011

PK Hem sedang memberi kaunseling dan memujuk murid-murid Prasekolah yang bermasalah. Pasangan kembar yang menangis (kelas Pra yang berasingan)
Masalah murid pra yang tidak boleh berenggang dengan ibunya. Masih bersedih hingga tidak membuat kerja yang diberi oleh guru.
Kelihatan murid-murid Tahun 3 sedang membuat kerja dan murid-murid Tahun 4 sedang membaca buku teks BI
Sebilangan murid-murid Prasekolah SKBP yang ceria dan aktif bermain sambil belajar.
Wajah murid-murid Tahun 1 yang mula masuk ke alam sekolah rendah
Sebaik sahaja sesi persekolahan 2o11 bermula, kedengaranlah ucap salam 'Assalamualaikum & Selamat Pagi, Cikgu/Ustazah ataupun Good Morning, Teacher.. setelah sekian lama sepi. Semua guru masuk ke kelas dan proses P&P berjalan seperti biasa. Sedar tak sedar minggu pertama persekolahan telahpun berlalu. Berbagai peristiwa yang telah dirakam terutamanya murid-murid Prasekolah yang masih tidak boleh berdikari dan memaksa ibu bapa mereka menunggu hinggalah ke waktu pulang sekolah. Masalah-masalah sebegini seakan menjadi kebiasaan setiap tahun. Jadi terpaksalah guru Prasekolah tangani dan bersabar walaupun sampai empat hari terpaksa berhadapan dengan murid-murid yang asyik menangis,meraung ataupun tidur dalam kelas. Inilah yang kita katakan guru sebagai 'in loco parentis'..

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

JIWA akan sepi tanpa TEMAN, HATI akan mati tanpa IMAN, HARI ini adalah KENYATAAN, SEMALAM adalah KENANGAN, ESOK adalah IMPIAN. Sucikan HATI, Jernihkan FIKIRAN. Sambutlah Tahun Baru 2011 dengan penuh keazaman dan semangat ke arah kecemerlangan secara holistik Selamat Tahun Baru 2011 Semoga Allah memberkati segala kerja buat kita kelak.