Thursday, May 27, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada 27 Mei 2010 (Khamis). Acara dimulakan dengan Senam Kreatif pada 7.45 pagi kemudian diikuti Sukaneka guru-guru. Selepas rehat, acara dewan dimulakan, pelbagai persembahan oleh guru-guru dan juga murid-murid. Sambutan Hari Guru kali ini disambut secara sederhana tetapi meriah dan menyeronokkan.

Sunday, May 16, 2010

Perutusan Hari Guru 2010

Perutusan Hari Guru 2010 telah disampaikan oleh para pentadbir pada Perhimpunan Khas yang telah diadakan 16 Mei 2010.

Saturday, May 15, 2010

Friday, May 14, 2010

Guru Oh Guru - Usman Awang

Puisi Guru Oh Guru – Usman Awang

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Gotong Royong Perdana Sempena Perayaan Hari Guru 2010

Gotong Royong Perdana Peringkat Sekolah & Seluruh Negara Sempena Perayaan Hari Guru 2010 sebagaimana berikut:-
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu) Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari Bertempat di: Perkarangan SK Bunut Payong
SEMUA GURU, MURID-MURID TAHUN 4,5 & 6, WARGA SEKOLAH DAN AJK PIBG DIWAJIBKAN HADIR.

Tuesday, May 11, 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tema Hari Guru 2010

“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

IKRAR

Bahawasanya kami Guru-guru negara Malaysia Dengan ini berikrar Mendukung terus cita-cita kami Terhadap tugas kami Dan menyatakan keyakinan kami Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti Kepada masyarakat Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung Perlembagaan negara Kami mengamalkan Prinsip-prinsip Rukun Negara Pada setiap masa.

LAGU: GURU MALAYSIA Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu, membina Negara yang tercinta

Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad