Thursday, June 25, 2009

Program Barber's Corner - Spot Check Rambut

Sir Chandran(PK HEM) bersama Badan Disiplin Sekolah telah membuat 'spot check' terhadap murid-murid lelaki yang berambut panjang dan fesyen rambut yang menyalahi peraturan sekolah.
Beberapa orang murid dikenalpasti dan telah diambil tindakan dan juga diberi amaran.

Wednesday, June 17, 2009

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke -3

Mesyuarat AJK PIBG Kali 3 telah diadakan pada hari ini bagi menetapkan tarikh Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 24 bersama YDP dan AJK

Sunday, June 14, 2009

Keselamatan Persekitaran Sekolah Perlu Dijaga..

Sekolah dibuka semula pada 14 Jun 2009 setelah 2 minggu bercuti. Selamat kembali bertugas kepada semua guru dan selamat belajar juga buat murid-murid.
Keadaan kolam juga bebas dari jentik-jentik setelah diperiksa.
Pemantauan keselamatan persekitaran kawasan sekolah telah dijalankan oleh Sir Chandran (PK HEM) dengan beberapa orang pekerja /staf bagi memeriksa kewujudan jentik-jentik di dalam longkang dan kolam. Pemeriksaan ini diadakan secara berkala untuk memastikan kawasan sekolah bebas dan selamat dari nyamuk aedes.
Nampaknya keadaan air longkang juga bersih dan tiada jentik-jentik.
Di samping itu juga, keadaan papan tanda diperiksa. Kepekaan pihak pentadbir perlu bagi memastikan semua murid berada dalam keadaan yang ceria dan selamat.
Keadaan papan tanda yang hampir tumbang diperbetulkan semula bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tuesday, June 9, 2009

Beautiful Quotes ...

...Never take some one for granted... Hold every person Close to your Heart, because you might wake up one day and realise that you have lost a diamond while you were too busy collecting stones."
..Effort is important, but knowing where to make an effort in your life makes all the difference.