Monday, January 26, 2009

Pelantikan Pengawas 2009

Majlis Pelantikan Pengawas telah diadakan pada 17 Januari 2009
Bacaan ikrar oleh Adik Nur Ainun Nabilah Mohd Sabri selaku Ketua Pengawas SK Bunut Payong Tahun 2009
Penyampaian Sijil kepada semua pengawas yang dilantik Jamuan untuk semua pengawas bersama Barisan Pentadbir serta para guru

Sunday, January 25, 2009

Mesyuarat Kantin Kali 1/2009

Mesyuarat Kantin Kali 1/2009 telah diadakan pada 13 Jan 2009 . Guru Besar , PK Hem , AJK Kantin dan pemajak kantin turut sama bagi membincangkan perancangan kantin dan memastikan segala program berjalan dengan sempurna. Semua ketua-ketua unit diharap agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sentiasa komited bagi memastikan Kafe Sri Payong terus unggul dan kekal juara .

Kafe Sri Payong 2009

Inilah panorama Kafe Sri Payong 2009...
Hasil usaha dan kerjasama mantap semua guru serta warga sekolah, lahirlah Kafe Sri Payong yang ceria dan berprestij

Program Barber's Corner SKBP

Program Barber's Corner SKBP telah dilancarkan pada April 2008 . Ini merupakan satu program khas pembangunan modal insan untuk memberi penekanan terhadap pengurusan rambut murid-murid lelaki . Penyelarasan sistem potongan rambut mengikut peraturan sekolah. Di samping memberi perkhidmatan kemudahan menggunting rambut kepada murid-murid dan dengan bayaran yang murah RM1.00, murid-murid terlibat dapat menjimatkan masa dan wang hanya dengan menggunakan perkhidmatan Barber's Corner di sekolah sendiri.

Transformasi Kantin

Cikgu Wan Roslan (PK Ko) sedang mengecat dinding , tidak kurangnya Cikgu Azizah (SU Kantin) memegang 'paint roller' siap sedia untuk mengecat dan semua guru bekerja keras bagi memastikan transformasi kantin berjaya..
Operasi transformasi kantin SKBP telah dijalankan secara gerak gempur pada pertengahan November 2008 . Menyaksikan kesungguhan dan komitmen pihak pentadbir termasuklah Guru Besar yang turut sama menyumbangkan hasil kesenian dan kreativiti beliau.Di samping para guru yang tidak jemu menyumbangkan tenaga demi menaiktaraf Kafe Sri Payong SKBP yang mempunyai niche' tersendiri.

Visi dan Misi HEM 2009

VISI HEM

Pelajar sentiasa mengamalkan budaya disiplin dan ke arah sekolah

berkesan yang mempunyai niche’ tersendiri.

MISI HEM

Unit HEM memantapkan pengurusan dan perancangannya untuk menjayakan program-program

HEM dengan mantap dan bermuafakat dengan komuniti secara lebih berkesan.

OBJEKTIF HEM

  1. Peningkatan akademik dan disiplin pelajar.

  1. Memperkembangkan potensi individu secara seimbang dalam aspek JERI

  1. Pelajar memiliki, menghayati, dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan.

  1. Bersikap telus dan adil untuk menyumbang kepada kebajikan pelajar.

Memori HEM 2008-Lawatan Ke Rumah Pelajar Miskin

Lawatan PK HEM ke rumah murid miskin di Kg Bunut Payong pada 10 Jun 2008

Memori HEM 2008-Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-51

Penolong Kanan Hem dan Guru Besar sedang membaca perutusan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-51
Ada yang melucukan hingga semua tersenyum lebar...
Sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan meriah dan penuh semangat termasuklah persembahan Pakaian Kebangsaan Malaysia pelbagai kaum oleh murid-murid Prasekolah

Memori Hem 2008-Hari Terbuka SKBP

Sekitar Hari Terbuka SKBP pada 18 Jun 2008...
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pameran Dadah oleh AADK, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Karaoke Terbuka, Persembahan Dikir Barat oleh murid-murid Dikir Sri Payong, Pasaria, Larian Mini dan juga Cabutan Bertuah. Sambutan yang amat menggalakkan dari warga sekolah, PIBG dan komuniti. 20 % daripada hasil jualan pasaria didermakan kepada Tabung PIBG.