Bacaan ikrar oleh Adik Nur Ainun Nabilah Mohd Sabri selaku
Ketua Pengawas SK Bunut Payong Tahun 2009
Monday, January 26, 2009
Pelantikan Pengawas 2009
Sunday, January 25, 2009
Mesyuarat Kantin Kali 1/2009
Mesyuarat Kantin Kali 1/2009 telah diadakan pada 13 Jan 2009 . Guru Besar , PK Hem , AJK Kantin dan pemajak kantin turut sama bagi membincangkan perancangan kantin dan memastikan segala program berjalan dengan sempurna. Semua ketua-ketua unit diharap agar dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan sentiasa komited bagi memastikan Kafe Sri Payong terus unggul dan kekal juara .
Kafe Sri Payong 2009
Hasil usaha dan kerjasama mantap semua guru serta warga sekolah,
lahirlah Kafe Sri Payong yang ceria dan berprestij
Program Barber's Corner SKBP
Program Barber's Corner SKBP telah dilancarkan pada April 2008 . Ini merupakan satu program khas pembangunan modal insan untuk memberi penekanan terhadap pengurusan rambut murid-murid lelaki . Penyelarasan sistem potongan rambut mengikut peraturan sekolah. Di samping memberi perkhidmatan kemudahan menggunting rambut kepada murid-murid dan dengan bayaran yang murah RM1.00, murid-murid terlibat dapat menjimatkan masa dan wang hanya dengan menggunakan perkhidmatan Barber's Corner di sekolah sendiri.
Transformasi Kantin
Cikgu Wan Roslan (PK Ko) sedang mengecat dinding , tidak kurangnya
Cikgu Azizah (SU Kantin) memegang 'paint roller' siap sedia untuk mengecat dan
semua guru bekerja keras bagi memastikan transformasi kantin berjaya..


Operasi transformasi kantin SKBP telah dijalankan secara gerak gempur pada pertengahan November 2008 . Menyaksikan kesungguhan dan komitmen pihak pentadbir termasuklah Guru Besar yang turut sama menyumbangkan hasil kesenian dan kreativiti beliau.Di samping para guru yang tidak jemu menyumbangkan tenaga demi menaiktaraf Kafe Sri Payong SKBP yang mempunyai niche' tersendiri.
Visi dan Misi HEM 2009
|
VISI HEM Pelajar sentiasa mengamalkan budaya disiplin dan ke arah sekolah berkesan yang mempunyai niche’ tersendiri.
|
| MISI HEM Unit HEM memantapkan pengurusan dan perancangannya untuk menjayakan program-program HEM dengan mantap dan bermuafakat dengan komuniti secara lebih berkesan.
|
| OBJEKTIF HEM
|
| |
Memori HEM 2008-Sambutan Hari Kemerdekaan Kali Ke-51
Memori Hem 2008-Hari Terbuka SKBP
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pameran Dadah oleh AADK, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Karaoke Terbuka, Persembahan Dikir Barat oleh murid-murid Dikir
Sri Payong, Pasaria, Larian Mini dan juga Cabutan Bertuah.
Sambutan yang amat menggalakkan dari warga sekolah, PIBG dan komuniti. 20 % daripada hasil jualan pasaria didermakan kepada Tabung PIBG.